Seramai 387 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina dihantar pulang ke negara asal mereka melalui Pelabuhan Sandakan, Sabah malam tadi.
Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yusoff, berkata semua PATI itu membabitkan 372 lelaki, 14 wanita dan seorang kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.